Hanya Menyajikan Resepi Dari Rumah Yang Terbaik Untuk Anda

Wednesday 20 June 2012

Blueberry Cheese Tart

Malam2 kalau tak leh tido tu ni lah aktiviti mama...cuba resepi2 yg diambil dr en.google :-) Alhamdulillah sedap sgt tart ni..lembut dan rangup jer


Meh kite zoom in kasi jelas sikit ye...


Yang ni plak tart yg dh kena ngap dengan anak2..sgt2 puas hati bila org yg kita sayang mkn makanan kte smpai habis :-) nnt nk buat lg lah!

Design


~SELAMAT MENJAMU SELERA~

RESEPI

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat.
Cucuk dengan garfu sebelum dibakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla

Cara-cara :
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC.
Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Cara-cara :
Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan
bentuk yang menarik.
Bakar selama 5 minit atau sampai masak ye.