Hanya Menyajikan Resepi Dari Rumah Yang Terbaik Untuk Anda

Monday 8 October 2012

Makaroni Goreng Bakar

Makaroni Goreng Bakar? Kenapa nama dia macam tu ek? hehhe senang je sbb cara penyediaannya mula2 tu kena goreng dulu sekejap dan kemudiannya bakar...Pastu apa lagi masuk mulut la hehehe..Jom layan resepi dan cara2 penyediaan sepertimana dibawah...:-) 



RESEPI

Bahan-Bahan
1) 1 paket makaroni (rebus dan toskan)
2) 1 tin susu ideal
3) 6 ulas bawang merah
4) 3 ulas bawang putih
5) Sedikit halia
6) I bungkus daging ayam kisar
7) 1 bungkus sosej daging
8) Sedikit daun bawang dan daun sup
9) Lobak merah / sayur campur
10) Sedikit udang segar
11) Garam secukup rasa 
12) 4 biji telur

Cara-Cara
1) Tumis bawang merah, bawang putih dan halia
2) Masukkan ayam kisar + udang + sosej sehingga masak dan digaul sehingga sebati
3) Setelah itu masukkan pula susu ideal dan garam dan gaul lagi sehingga sebati 
4) Masukkan lobak merah yang dipotong dadu, daun bawang dan daun sup
5) Apabila kesemua bahan sudah sebati masukkan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai, ratakan permukaan makaroni yang digoreng tadi dengan telur dan bakar makaroni tersebut sehingga masak.

SELAMAT MENCUBA

Friday 21 September 2012

Agar-Agar Pandan



RESEPI

Bahan-Bahan
1) 1 bungkus agar-agar
2) 4 cawan air
3) 3 cawan gula
4) 2 biji telur
5) 15 helai daun pandan (potong kecil2)
6) 1/2 biji kelapa mesin

Cara-Cara
1) Basuh agar2 dan masak dengan 4 cawan air tadi
2) Setelah agar2 tadi hancur masukkan pula gula dan dikacau dengan api sederhana
3) Blendkan daun pandan bersama-sama kelapa mesin, telur dan 2 cawan air
4) Apabila semua sudah hancur, tapiskan bahan2 tadi
5) Masukkan bahan yang ditapis ke dalam agar2 yang sudah dimasak tadi dan kacau sebati 
6) Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk

Tuesday 18 September 2012

Puding Karamel Tanpa Telur




RESEPI

Bahan-Bahan
A) 2 senduk gula

B) 1 bungkus serbuk agar2
 4 cawan air
42 1/2 senduk gula

C) 1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar esen vanilla
*Kacau ke semua bahan ini

Cara-Cara
Hanguskan bahan A dan ketepikan.
Didihkan kesemua bahan B kemudian masukkan pula bahan C. 
Setelah semua bahan tersebut sebati dan mendidih, tuangkan bahan2 tersebut ke dalam adunan karamel tadi.
Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dimakan :-)

Monday 10 September 2012

Pulut Ikan Masin

Pulut Ikan Masin ni biasanya dimakan pada waktu pagi dan malam..sangat popular di negeri Kelantan...Penyediaan juga sangat mudah...xcaya jom tengok resepi kt bawah...hehe






RESEPI

Bahan-Bahan
1) 1/2 kg Pulut (Ditanak/masak seperti biasa)
2) 1/2 Biji Kelapa Parut (Ambik bahagian yang muda sedikit)
3) Sedikit Garam
4) Sedikit Gula
5) Ikan Masin atau Ikan Rebus Yang Siap Di Goreng

Cara-Cara
1) Gaul gula dan garam bersama-sama kelapa parut sehingga sebati...Garam dan gula secukup rasa ye sbb kalau terlebih xsedap nanti
2) Taburkan bahan2 tersebut ke atas pulut yang siap dimasak
3) Hiaskan ikan diatasnya dan enak dimakan panas-panas :-) Mudah bukan?

Sunday 9 September 2012

Puding Pelangi

Resepi ni kawan mama yang bagi...cantik dan sedap rasanya...Terima kasih banyak2 buat Puan Suzie Yani sebab sudi berkongsi resepi...:-)





RESEPI

Bahan-Bahan

*Bahan A
1) 1 Paket Agar2
2) 7 Gelas Air
3) 2 Cawan Gula

*Bahan B (Blend ye sume)
1) 5 Biji Telur
2) 1 Tin Susu Ideal
3) 2 Senduk Kecil Susu Pekat
4) 1 Sudu Kecil Esen Vanilla
5) 4 Sudu Besar Kastad

Cara-Cara
1) Masak bahan A, kemudian masukkan bahan B dan masak sehingga mendidih
2) Pastu bahagikan kepada 3 warna atau 7 warna mengikut warna pilihan anda
3) Masa nak tuang ke dalam bekas tu..tuang kat tengah2 dan maintain tuang kt tengah supaya dia kelihatan seperti pelangi yang comel hehehe



Agar-Agar Milo


Resepi yang sangat senang untuk disediakan..jgn lupa cuba ye :-)






RESEPI

Bahan-Bahan
* Untuk Lapisan Milo
1) 8gm agar2
2) 2 cawan air
3) 1/3 cawan gula
4) 3/4 cawan serbuk milo

Cara-Cara
1) Masak agar-agar bersama air sehingga larut, kemudian masukkan gilo + milo dan kacau sehingga larut serta sebati..Tapiskan
2) Tuang adunan ke dalam bekas pilihan anda dan biarkan beku seketika.

* Untuk Lapisan Susu
1) 10gm agar2
2) 13/4 cawan air
3) 1/2 cawan gula
4) 1 cawan susu sejat Ideal
5) Sedikit esen vanilla

Cara-cara
1) Masak agar-agar dengan air sehingga larut
2) Masukkan gula dan kacau sebati kemudian tapiskan
3) Masukkan susu sejat dan esen vanilla
4) Tuang perlahan-lahan keatas adunan lapisan milo tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk dan hidangkan sejuk2 ye...

Thursday 6 September 2012

Spaghetti Carbonara

Hasil daripada bantuan Mr Google maka terhasillah spaghetti ni...anak2 memang suka sebab tak pedas :-)


RESEPI

Bahan-Bahan
1) Spaghetti (apa-apa jenis pun boleh) - rebus dan toskan
2) 11/2 susu segar
3) Sedikit lada hitam yang dikisar
4) 8 ulas bawang putih
5) 1 tin cendawan butang
6) 10 or lebih ekor udang yang dibuang kulit
7) Daun saderi / bawang (Untuk hiasan)
8) Sedikit garam
9) 1 tin kecil sos carbonara + 1 tin muchroom sup campbells

Cara-cara
1) Tumis bawang putih yg dihiris halus dengan sedikit minyak
2) Masukkan cendawan butang + lada hitam dan gaul sebati
3) Masukkan udang dan gaul sehingga udang tersebut masak
4)  Setelah itu masukkan sup didalam tin tadi + susu segar + garam. Kacau sehingga mendidih dan sebati
5) Masukkan spaghetti bersama-sama atau dicurahkan keatas spagetti secara berasingan..

SELAMAT MENCUBA  

Wednesday 5 September 2012

Ketupat Daun Palas

Gambar ni ambik masa lek raya 2012 haritu..
Curi2 tangkap gambar ketupat mak hehehe...sedap memang sedap tapi kalau nak buat sendiri rasanya TIDAK la kot sebab leceh la buat ketupat ni..kalau ketupat nasi ye senang je..Tapi itu lah sayang kalau tak belajar dan mewarisi ilmu buat ketupat ni..:-( errrmmmm...insyaallah kalau dah terbuka hati nk belajar nanti saya akan update resepinya nnt ye..sementara tu kira layan gambar KETUPAT DAUN PALAS yang mak saya buat dulu..:-)

Tuesday 4 September 2012

A.B.C

Sedapnya pekena ABC dimusim panas ni kan?..errrmmmmm nk buat pun semudah ABC jer


RESEPI
 Bahan-Bahan :
1) Ais yang sudah dimesin
2) Aiskrim Vanilla
3) Cendol
4) Jagung manis (dalam tin)
5) Syrup (pelbagai perasa)
6) Kacang
7) Susu Pekat
8) Apa2 aksesori makanan yang leh menyedapkan lagi ABC anda hehehe

Cara-Cara :
Masukkan ais yang dimesin halus tadi di dalam bekas yang cantik dan campurkan kesemua bahan2 mengikut daya kreatif anda..Semudah ABC bukan? hehehe

Ayam BBQ Sedap

Kalau nak buat BBQ mmg sesuai anda mencuba resipi ni..sgt sedap...!


RESEPI
 Bahan-Bahan :
1) Ayam
2) Sos Cili
3) Sos Tomato
4) Lada hitam yang sudah dikisar
5) Sedikit kicap pekat
6) Sedikit Air 7 Up (Supaya ayam lembut apabila dibakar)

Cara-Cara
1) Tos ayam betul2 ye..kalau ada air xsedap nnt..
2) Gaul kesemua bahan-bahan tadi bersama ayam dan perap semalaman sebelum dibakar..senang jer kan? :-)

Bahulu Perasa Kopi

Sesuai juga untuk minum petang


RESEPI
 Bahan-Bahan :
1) 10 biji telur gred A
2) 380gm gula pasir
3) Sedikit serbuk kopi
4) 200gm tepung gandum
5) 1/4 tsb baking powder

Cara-Cara
1) Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat
2) Ayak tepung, serbuk kopi & baking powder ke dalam adunan yang telah kembang & pekat tadi & kacau dengan spatula.
3) Apabila sebati masukkan ke dalam acuan
4) Bakar pada suhu 220c sehingga bahulu masak.

Note:-  Untuk mendapatkan petua dan tips membuat bahulu yang "mantop" sila dptkan bantuan Mr Google ye hehehe

Wednesday 20 June 2012

Blueberry Cheese Tart

Malam2 kalau tak leh tido tu ni lah aktiviti mama...cuba resepi2 yg diambil dr en.google :-) Alhamdulillah sedap sgt tart ni..lembut dan rangup jer


Meh kite zoom in kasi jelas sikit ye...


Yang ni plak tart yg dh kena ngap dengan anak2..sgt2 puas hati bila org yg kita sayang mkn makanan kte smpai habis :-) nnt nk buat lg lah!

Design


~SELAMAT MENJAMU SELERA~

RESEPI

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat.
Cucuk dengan garfu sebelum dibakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla

Cara-cara :
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC.
Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Cara-cara :
Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan
bentuk yang menarik.
Bakar selama 5 minit atau sampai masak ye.